• Title of article

    Akomodasi Aksen, Identiti Dan Integrasi Kebangsaan

  • Author/Authors

    Aman، Idris نويسنده Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , , Mustaffa، Rosniah نويسنده Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , , Jaafar، Mohammad Fadzeli نويسنده Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia ,

  • Issue Information
    دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
  • Pages
    17
  • From page
    37
  • To page
    53
  • Abstract
    Artikel ini membincangkan akomodasi terhadap aksen standard kebangsaan dalam kalangan informan penutur asli Melayu di dua buah bandar raya di Malaysia, iaitu Kuching dan Kota Bharu. Kuching dipilih berdasarkan kedudukan geografinya yang terpisah dari wilayah pusat negara, iaitu Semenanjung Tanah Melayu, manakala Kota Bharu dipilih berdasarkan ketegaran dialek tempatan penuturnya. Kajian difokuskan pada dua pemboleh ubah fonologi yang signifikan dalam hal aksen bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, iaitu (a) pada akhir kata terbuka, seperti dalam kata kereta dan (r) pada kata tertutup, seperti dalam pasar. Status akomodasi aksen kebangsaan dilihat bersandarkan pemboleh ubah kelainan gaya bahasa dan bersandarkan dua pemboleh ubah konteks sosial bukan-linguistik, iaitu usia dan jantina informan dalam situasi formal dengan mengambil kira faktor kewilayahan dan kenatifan. Selanjutnya, realiti penggunaan aksen kebangsaan dalam pemboleh ubah tersebut dihubungkaitkan dengan soal integrasi dan identiti – nasional atau tempatan.
  • Journal title
    Jurnal Bahasa
  • Serial Year
    2010
  • Journal title
    Jurnal Bahasa
  • Record number

    1349159