Title of article :
Penggunaan Bahasa Dalam Sesi Kaunseling Dari Sudut Lakuan Bahasa
Author/Authors :
Meor Osman، Wan Robiah نويسنده Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia , , Abdul Wahab، Hamidah نويسنده Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia , , Kamil، Siti Marina نويسنده Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia ,
Issue Information :
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
Pages :
20
From page :
54
To page :
73
Abstract :
Artikel ini berfokus pada kajian penggunaan bahasa dalam kalangan kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Secara khusus, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti lakuan bahasa (LB) yang lazim digunakan oleh kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling untuk mempengaruhi klien (pelajar). Selain itu, kajian ini juga melihat adakah benar tanggapan masyarakat terhadap khidmat kaunseling sebagai khidmat nasihat. Kajian yang mengaplikasikan metodologi linguistik dalam dunia kaunseling ini memanfaatkan teori lakuan bahasa (TLB), yakni pengkategorian LB cadangan Bach dan Harnish (1979). Pengkategorian LB ini dipilih atas dasar kepersisannya memperinci dan menghuraikan perbezaan linguistik, berpandukan kategori LB seperti pengumuman (constatives), arahan (directives), perjanjian(commissives) dan pengakuan (acknowledgements). Bagi kajian awal ini, seramai 30 orang kaunselor pelatih program kaunseling UNIMAS dipilih dan sesi kaunseling yang mereka kendalikan dirakam serta ditranskripsikan untuk melihat fenomena LB yang lebih dominan. Daripada hasil kajian didapati lakuan bahasa yang paling dominan ialah LB pertanyaan, bersesuaian dengan matlamat khidmat kaunseling itu sendiri yang bertujuan meneroka masalah klien. Dapatan ini secara tidak langsung telah menolak tanggapan khidmat kaunseling sebagai khidmat nasihat. Kajian ini difikirkan amat bermanfaat sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat pembaca dan pengkaji bahasa, terutamanya mereka yang terlibat secara khusus dalam bidang kaunseling.
Journal title :
Jurnal Bahasa
Serial Year :
2010
Journal title :
Jurnal Bahasa
Record number :
1349160
Link To Document :
بازگشت