Title of article :
Dialek Melayu Pekan : Penggunaan Dan Pengekalan
Author/Authors :
Maros، Marlyna نويسنده Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia ,
Issue Information :
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
Pages :
24
From page :
74
To page :
97
Abstract :
Artikel ini bertujuan memerikan keadaan penggunaan dan pengekalan dialek Melayu Pekan di negeri Pahang dewasa ini. Usaha ini bertolak daripada pemerhatian rawak dan anggapan awal penulis bahawa dialek ini tiada identiti tersendiri kerana di daerah ini seringkali bertemu dengan penutur yang bertutur sama ada dalam variasi dialek Kelantan, Terengganu, atau bahasa Melayu standard. Penulis beranggapan bahawa migrasi dan pertembungan bahasa telah memberikan perubahan kepenggunaan dialek Melayu Pekan yang asli. Dialek ini mungkin sedang mengalami era peralihan apabila wadah linguistik penutur aslinya bertambah hasil pertembungan bahasa dengan penutur dialek yang lain. Faktor ekonomi dan pekerjaan juga memainkan peranan yang penting dalam penggunaan dialek ini. Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat dengan kesan modenisasi yang menuntut individu dan komuniti bersaing untuk kedudukan sosial yang lebih tinggi. Perbincangan dalam artikel ini berdasarkan data leksikal yang diperoleh melalui wawancara dengan golongan penutur Melayu Pekan dari lingkungan umur dua puluhan hingga tujuh puluhan. Data tersebut mungkin ada kekurangannya, tetapi cukup untuk menjelaskan secara empirikal persoalan yang asal terhadap kepenggunaan dialek ini. Dapatan dibincangkan dengan menggunakan konsep dalam kerangka Jaringan Sosial oleh Milroy (1980) dan faktor perubahan ekonomi, status, demografi, dan sokongan institusi dalam diskusi peralihan bahasa oleh Giles et al. (1977) dan Appel dan Muysken (1987). Isi makalah ini boleh menyumbang kepada kajian dialek di Malaysia amnya dan status dialek Melayu Pekan khasnya untuk isu perubahan bahasa kesan modenisasi.
Journal title :
Jurnal Bahasa
Serial Year :
2010
Journal title :
Jurnal Bahasa
Record number :
1349161
Link To Document :
بازگشت