Title of article :
Sintaksis Kata soal Argumen Bahasa Mendriq: Kerangka Minimalis
Author/Authors :
Mohamed Sultan، Fazal Mohamed نويسنده Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia , , Jalaluddin، Nor Hashimah نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia , , Radzi، Harishon نويسنده Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Issue Information :
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
Pages :
18
From page :
269
To page :
286
Abstract :
Umumnya, ada tiga pola utama berhubung dengan kedudukan kata soal. Pola pertama ialah kata soal berpindah ke posisi awal kalimat dan mengambil ruang lingkup awal kalimat yang dikenali sebagai posisi skop ayat soal tersebut. Pola kedua ialah kata soal mempunyai kedudukan yang sama yang akan diduduki oleh jawapannya nanti, fenomena ini disebut sebagai wh in-situ. Pola ketiga ialah kata soal dapat berpindah ke tengah-tengah kalimat, yang dikenali sebagai kata soal separuh gerak. Mendriq merupakan bahasa yang dituturkan oleh sebilangan kecil peribumi di Malaysia Timur, menunjukkan dua pola kata soal, iaitu kata soal bergerak dan pada kata soal in situ, dalam kalimat yang sama. Fenomena ini sangat nyata dalam kedua-dua kata soal, iaitu naken “siapa” dan luk ai atau alow “apa”, yang dikenali sebagai kata soal argumen dalam penulisan ini. Kami mendakwa bahawa kata soal ini tidak hanya bersifat in situ tetapi kedua-duanya juga mengamati pergerakan. Chomsky (1993) mencadangkan fitur [Q] memiliki ciri yang kuat dalam semua bahasa. Selain itu, Adger (2003) pula mencadangkan bahawa [Q] yang kuat memiliki fitur tak berinterpretasi [uwh] yang kuat pada KOMP, mewajibkan kata soal berpindah ke kedudukan skop, iaitu Spek FKOMP, untuk menyemak fitur tak berinterpretasi secara lokal. Menjaga tuntutan Chomsky dan mengamati saranan Adger, penulis mencadangkan bahawa fenomena in situ dan fenomena pergerakan adalah kerana kehadiran Op kosong yang memiliki [wh] untuk kedua-dua kata soal dalam bahasa ini. Op ini boleh berpindah ke Spek FKOMP untuk menyemak secara lokal [uwh] yang menyebabkan kata soal tetap berada in situ atau kata soal boleh bergerak secara pilihan ke Spek FKOMP sebelum Cetusan untuk menyemak fitur tak berinterpretasi [uwh] pada Spek FKOMP.
Journal title :
Jurnal Bahasa
Serial Year :
2010
Journal title :
Jurnal Bahasa
Record number :
1435417
Link To Document :
بازگشت