Title of article :
Analisis Kata Kerja Dan Frasa Kerja Bahasa Melayu Kokos Di Pulau Home Australia
Author/Authors :
Raja Ariffin ، Raja Masittah نويسنده Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia ,
Issue Information :
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
Pages :
24
From page :
298
To page :
321
Abstract :
Makalah ini memerikan bentuk dasar kata kerja dan frasa kerja dalam bahasa Melayu yang digunakan orang Melayu Pulau Kokos, terutamanya di Pulau Home, yang terletak di Lautan Hindi, di luar Dunia Melayu. Kajian ini berasaskan kerangka yang diperkenalkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar (2008). Kajian ini berfokus pada penggunaan kata kerja, dan frasa kerja dalam komunikasi sehari-hari dalam kalangan anggota masyarakat Melayu di pulau tersebut. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan respons daripada informan dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan data kajian, kata dan frasa kerja yang terdapat dalam struktur ayat bahasa Melayu Kokos ialah kata kerja berlapis dan kata kerja majmuk, termasuklah kata kerja unggulan, kata kerja terbitan, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, dan kata kerja bantu. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu Kokos menggunakan kata kerja sebagai satu sistem nahu yang dapat dibahagikan kepada subsistem tertentu yang penting dalam hubungannya dengan konteks dan makna.
Journal title :
Jurnal Bahasa
Serial Year :
2010
Journal title :
Jurnal Bahasa
Record number :
1435420
Link To Document :
بازگشت