Title of article :
Prosodi Dalam Syair Melayu: Fungsi Dan Praktis
Author/Authors :
Zahid، Indirawati نويسنده Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya ,
Issue Information :
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
Pages :
31
From page :
322
To page :
352
Abstract :
Penyelidikan ini membincangkan fungsi prosodi dalam syair Melayu. Dalam kasus syair Melayu, prosodi ternyata digunakan secara optimum dalam menyampaikan mesej yang tersurat dengan makna emosi. Penyataan ini berlaku kerana struktur dan bentuk syair itu sendiri yang tidak terikat dengan bentuk nahu yang sempurna, iaitu memiliki poetic licence. Bagi membuktikan penyataan ini, satu penyelidikan telah dijalankan dengan menggunakan lima metodologi, iaitu meliputi kerja lapangan, temu ramah, rakaman audio, eksperimental dan analisis data. Kerja lapangan dan pengumpulan data dilakukan di lokasi Semenanjung Malaysia yang dibahagikan kepada empat zon, iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat, juga di Sabah dan Sarawak, di Indonesia, Pekan Baru dan Medan serta Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan. Di setiap lokasi, informan yang terpilih, nyanyian syairnya akan dirakamkan untuk memperoleh variasi melodi syair. Data audio ini kemudiannya dianalisis melalui program PRAAT RAAT. Dapatan analisis memperlihatkan berlaku dua kasus, iaitu segmentasi unit maklumat dan penggunaan fitur prosodi secara optimum dalam penyampaian syair Melayu.
Journal title :
Jurnal Bahasa
Serial Year :
2010
Journal title :
Jurnal Bahasa
Record number :
1435421
Link To Document :
بازگشت