Title of article :
Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Author/Authors :
Othman، Shamsudin نويسنده abatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia , , Jamian، Abdul Rasid نويسنده Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia ,
Issue Information :
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2013
Abstract :
Makalah ini akan membahaskan kemahiran membaca yang akan
dikaitkan dengan elemen seni bahasa dan mula dilaksanakan dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat
bermula tahun 2011. KSSR memberi tumpuan pada empat
kemahiran, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam
usaha memperkasakan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing,
kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada suatu elemen baharu
telah diperkenalkan dalam kurikulum huraian sukatan pelajaran
Bahasa Melayu KSSR, iaitu seni bahasa, sementara “didik hibur”
menjadi salah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Seni bahasa ini merujuk keupayaan murid untuk memahami,
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran
yang menyeronokkan secara didik hibur. Maka kajian yang dilakukan
ini adalah untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran
dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur
sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. Kajian ini
menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif dengan menggunakan
borang soal selidik serta temu bual bagi mendapatkan maklum balas
daripada responden. Responden terdiri daripada guru Bahasa Melayu
sekolah rendah. Ramalan hasil kajian ini ialah guru mempunyai
tahap keyakinan yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa serta dapat merangsang kemahiran membaca murid. Perkara
yang turut diberi perhatian juga adalah penggunaan teks berunsurkan
sastera turut dapat membina keyakinan dan keupayaan penghayatan
yang lebih baik.
Journal title :
Jurnal Bahasa
Journal title :
Jurnal Bahasa