Title of article
Persekitaran Maklum Balas sebagai Penentu Efikasi Kendiri Pengajaran Pensyarah Politeknik (Feedback Environment as Determinants of Polytechnic Lecturers Teaching Self Efficacy)
Author/Authors
YING LEH، LING نويسنده , , ABDULLAH، ABDUL GHANI KANESAN نويسنده , , ISMAIL، AZIAH نويسنده ,
Issue Information
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2015
Pages
10
From page
101
To page
110
Abstract
Maklum balas perlu disalurkan bukan sahaja secara formal, malah secara tidak formal dan berterusan dalam setiap organisasi pendidikan. Hal ini bertujuan untuk membantu pengikut agar jelas dengan jangkaan prestasi pemimpin dan standard piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kewujudan budaya persekitaran maklum balas yang positif perlu ditekankan dalam setiap organisasi bagi memupuk potensi pengikut dan meningkatkan prestasi kerja demi kepentingan individu dan organisasi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal yang terbaik daripada persekitaran maklum balas terhadap efikasi kendiri pengajaran. Sebanyak 247 orang responden kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah politeknik dalam Kategori 1 telah dipilih secara rawak dari negeri Pulau Pinang, Terengganu, dan Sarawak. Data kajian pula diperoleh dengan menggunakan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian termasuk bahagian profil responden dan soal selidik yang telah diadaptasikan daripada soal seldik Feedback Environment Scale (FES) (2004) dan Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSE) (2001) yang terdiri daripada tujuh skala Likert. Kedua-dua soal selidik telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu dan mempunyai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha setinggi .920 bagi FES dan .931 bagi TSE. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan kaedah regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua dimensi persekitaran maklum balas dan efikasi kendiri pengajaran mempunyai hubungan korelasi yang positif dan signifikan antara satu sama lain. Hasil kajian turut mendapati terdapat enam pemboleh ubah, iaitu kebolehpercayaan sumber maklum balas, kualiti maklum balas, penyampaian maklum balas, maklum balas tidak membina, ketersediaan sumber maklum balas, dan menggalakkan maklum balas muncul sebagai peramal yang signifikan terhadap efikasi kendiri pengajaran. Dapatan juga menunjukkan bahawa dimensi maklum balas tidak membina sebagai faktor peramal terbaik terhadap peningkatan efikasi kendiri pengajaran dalam organisasi pendidikan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pemimpin untuk menekankan pembangunan persekitaran maklum balas di tempat kerja bagi meningkatkan efikasi kendiri pengajaran dalam kalangan tenaga pengajar demi melahirkan modal insan berkualiti dan berketerampilan sesuai dengan kehendak pasaran.
Keywords
efikasi kendiri pengajaran , maklum balas tidak membina , Persekitaran maklum balas
Journal title
Astroparticle Physics
Serial Year
2015
Record number
2402825
Link To Document