• Title of article

    Pola Isu, Persepsi, Serta Pengalaman Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat (Pattern of Issues, Perceptions, and Experiences toward Guidance and Counseling Services among Gifted and Talented Students)

  • Author/Authors

    ABU BAKAR، ABU YAZID نويسنده ,

  • Issue Information
    دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2015
  • Pages
    8
  • From page
    167
  • To page
    174
  • Abstract
    Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji pola isu, persepsi, serta pengalaman pelajar pintar dan berbakat tempatan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam persekitaran sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar kohot pertama dan kohot kedua di sebuah sekolah ‘makmal’ yang menyediakan program pendidikan khusus untuk populasi pelajar pintar dan berbakat. Kajian penerokaan kualitatif ini menggabungkan temu bual kumpulan fokus dan temu bual mendalam sebagai kaedah pengumpulan data. Data yang diperolehi dilakukan analisis tema menggunakan perisian NVivo versi 8.0, bagi mendalami pola isu, persepsi, serta pengalaman responden kajian secara terperinci. Dapatan utama penyelidikan ini menunjukkan bahawa pola isu pelajar pintar dan berbakat tempatan lazimnya berkisar kepada dimensi-dimensi kerjaya, akademik, dan psikososial. Realiti ini mendorong kepada kecenderungan peserta kajian untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam dimensi-dimensi berkenaan. Dapatan turut menunjukkan indikasi bahawa persepsi dan pengalaman peserta kajian terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah umumnya terbina oleh gabungan reaksi positif dan negatif. Perolehan dapatan keseluruhan penyelidikan menyediakan maklumat komprehensif yang boleh dijadikan asas kepada penyediaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah yang ‘terbeza’ untuk populasi pelajar pintar dan berbakat tempatan.
  • Keywords
    Malaysia , pelajar pintar dan berbakat , kajian kualitatif , Bimbingan dan kaunseling , pendidikan
  • Journal title
    Astroparticle Physics
  • Serial Year
    2015
  • Record number

    2402843