• Title of article

    Pembangunan Satu Pendekatan bagi Memperkasakan Sistem Keselamatan Makmal Sains Sekolah di Malaysia (Developing an Approach to Enhance School Laboratory Safety in Malaysia)

  • Author/Authors

    ALI، NUR LIYANA نويسنده , , CHOO TA، GOH نويسنده , , SYED ZAKARIA، SHARIFAH ZARINA نويسنده , , MOKHTAR، MAZLIN نويسنده , , ABDUL HALIM، SHARINA نويسنده ,

  • Issue Information
    دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2014
  • Pages
    8
  • From page
    153
  • To page
    160
  • Abstract
    Keselamatan di makmal Sains sekolah harus diberi perhatian memandangkan pembelajaran masa kini menggalakkan pelajar terlibat aktif, iaitu dengan menjalankan sendiri penyiasatan melalui eksperimen tertentu. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan garis panduan Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah (PKMSS) serta menerapkan elemen-elemen keselamatan makmal di dalam buku teks dan buku amali berteraskan Sains. Akan tetapi, dokumen-dokumen ini tidak menyediakan satu pendekatan keselamatan makmal yang komprehensif dan mudah diingati oleh para pelajar. Maka dengan menganalisis dokumen-dokumen tersebut, kajian ini membangunkan satu pendekatan yang menyediakan tatacara yang teratur merangkumi komponen-komponen penting keselamatan makmal, supaya ia lebih komprehensif dan mudah diingati, khususnya untuk pelajar sekolah. Asas pembangunan pendekatan keselamatan makmal ini adalah berdasarkan kepada pendekatan 3R (reduce, reuse dan recycle). Pendekatan keselamatan makmal yang dibangunkan dalam kajian ini dikenali sebagai 5P (Prosedur Kerja, Peralatan Keselamatan, Pengendalian Eksperimen, Pembuangan Sisa Bahan Kimia dan Pelan Tindakan Kecemasan). Diharapkan pendekatan 5P ini dapat diterapkan oleh pihak berkepentingan pada masa depan, dan seterusnya membantu meningkatkan tahap keselamatan makmal Sains sekolah di Malaysia.
  • Keywords
    keselamatan makmal , Makmal sekolah , pendekatan , kemalangan , pendidikan Sains
  • Journal title
    Astroparticle Physics
  • Serial Year
    2014
  • Record number

    2402868