Title of article
Tembikar Baba dan Nyonya: Corak dan Motif Porselin Famille Rose(Baba and Nyonya Ceramics: Designs and Motifs of the Famille Rose Porcelain)
Author/Authors
May, Grace Choong Ai Universiti Sains Malaysia, Malaysia
From page
47
To page
90
Abstract
Barangan tembikar merupakan warisan dalam keluarga Baba dan Nyonya. Artikel ini mengkaji reka corak dan erti simbolik motif yang terdapat pada tembikar Nyonya yang dikenali sebagai Famille Rose.Tembikar Famille Rose berbeza daripada tembikar Cina lain kerana ia berwarna-warni dan mempunyai motif istimewa. Berbeza daripada tembikar biru dan putih yang dieksport dari Jingdezhen, tembikar Famille Rose dihantar ke Guangzhou untuk dicat dan dieksport dari Shanghai untuk kegunaan Straits Chinese. Kajian ini menunjukkan bahawa beberapa motif terpilih seperti bunga dan haiwan yang terdapat pada tembikar Famille Rose menggambarkan maksud simbolik yang berkaitan dengan kepercayaan sosiobudaya Baba dan Nyonya. Tema yang paling banyak dijumpai pada tembikar Nyonya yang berpolikroma enamel seperti mangkuk, teko, cawan, sudu dan besen muka adalah burung Phoenix dan bunga Peony
Keywords
tembikar , Famille Rose , simbolisme Cina , Baba , Nyonya.
Journal title
Wacana Seni, Journal of Arts Discourse
Journal title
Wacana Seni, Journal of Arts Discourse
Record number
2527531
Link To Document