Title of article :
Pengambilan Logam Berat Fe, Mn dan eu oleh Melastoma malabathricum dalam Tanih Bekas Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor
Author/Authors :
Rahim, Sahibin Md. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Lihan, Tukimat Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Program Sains SekitaranPusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Razi Idris, Wan Mohd. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Chao, Lee Chain Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia
Abstract :
Tumbuhan yang mempunyai kelimpahan tinggi dan boleh mengumpul logam berat dengan banyak boleh digunakan sebagai bio-penunjuk. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesesuaian Melastoma malabathricum sebagai bio-penunjuk bagi pencemar logam berat dalam tanih bekas lombong. Dalam kajian ini, lima belas sampel Melastoma malabathricum dan tanih telah diambil di tapak bekas lombong besi dan timah Pelepah Kanan Kota Tinggi, Johor. Tiga bahagian tumbuhan (akar, batang, daun) telah dianalisis untuk mengkaji penyerapan kandungan logam berat Cu, Fe dan Mn. Parameter tanih yang dikaji meliputi parameter fizikal dan kimia. Hasil kajian taburan saiz partikel tanih menunjukkan kebanyakan tanih di kawasan kajian adalah jenis berpasir dan bertekstur pasir berlom. Kandungan bahan organik adalah sekitar 1.45 hingga 5.91%. Nilai pH bagi tanih di kawasan kajian adalah sekitar 3.55 hingga 5.68 iaitu bersifat sangat asid ke asid. Kekonduksian elektrik tanih adalah antara 2.14 hingga 2.58 mS/cm. Hasil kajian menunjukkan bahawa, kepekatan logam-logam berat dalam tanih ialah 12070 hingga 65545 mg/kg bagi Fe, 1070.3 hingga 11956.3 mg/kg bagi Mn dan 386.5 hingga 4753.2 mg/kg bagi Cu. Kandungan logam-logam berat dalam bahagian-bahagian tumbuhan pula adalah mengikut turutan seperti berikut; Fe Mn Cu. Didapati bahawa spesies tumbuhan Melastoma malabathricurn adalah sesuai sebagai penunjuk biologi logam berat Fe dan Mn
Keywords :
Logam berat , penunjuk biologi , Melastoma malabathricum