Title of article
Pengenalpastian Protein Membran Putatif dalam Sporozoit Eimeria tenella Melalui Penyaringan Imuno (Identification of Putative Membrane Proteins in Eimeria tenella Sporozoites by Immunoscreening)
Author/Authors
Puay-Eng, Soon Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia , Jangi, Mohd. Sanusi Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia , Kiew-Lian, Wan Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Malaysia , Tomley, Fiona M. Institute for Animal Health Compton, UK
From page
23
To page
28
Abstract
Dalam parasit intrasel obligat seperti Eimeria tenella, protein membran dipercayai memainkan peranan yang penting dalam pengecaman dan pelekatan pada sel perumah supaya proses penyerangan parasit ke dalam sel perumah dapat disempurnakan. Untuk mengenalpasti protein pada membran E. tenella, penyaringan imuno telah dilakukan dengan menggunakan antiserum terhadap fraksi subsel yang telah diperkayakan dengan protein membran sporozoit. Usaha penyaringan imuno ini berjaya memencilkan 21 klon positif. Daripada jumlah ini, 13 klon menunjukkan pemadanan bermakna dengan jujukan dalam pangkalan data, iaitu 11 dengan protein mikronem EtMIC4, satu dengan EtMIC1 dan satu lagi dengan EtMIC2. Lapan klon selebihnya yang tidak menunjukkan sebarang pemadanan bermakna dengan jujukan dalam pangkalan data didapati membawa lima gen yang berlainan. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah penyaringan imuno berupaya mengenalpasti gen baru yang kemungkinan besar mengekodkan protein membran dalam sporozoit E. tenella
Keywords
protein membran , penyaringan imuno , sporozoit
Record number
2554436
Link To Document