Title of article :
Impak Perubahan Datum Carta dan Kecerunan Pesisir Depan Terhadap Ketidakpastian Kedudukan Titik Pangkal Malaysia
Author/Authors :
bin Hasan, Zaaim Pusat Hidrografi Nasional, Malaysia , Karim, Othman A. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Malaysia , bin Abdul Maulud, Khairul Nizam Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Malaysia
From page :
123
To page :
130
Abstract :
Malaysia mempunyai tanggungjawab mendepositkan koordinat-koordinat titik-titik pangkal yang digunakan untuk mengukur lebar batas laut wilayah dan sempadan zon-zon maritim yang lain kepada Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Titik-titik pangkal adalah asas kepada penetapan bagi zon-zon maritim, perundangan batas maritim dan perlaksanaan penguatkuasaan. Kertas ini menghuraikan bagaimana dua parameter penting iaitu kecerunan pesisir depan dan datum carta boleh menyebabkan ketidakpastian terhadap posisi titik-titik pangkal. Hubungkait trigonometri antara parameter membuktikan sisihan datum sebanyak 0.2 m dan kecerunan pesisir depan sebanyak 0.1º menyebabkan ketidakpastian posisi mendatar sebanyak 114.6 m. Ketidakpastian kedudukan titik pangkal menjadi signifikan apabila sisihan antara datum carta meningkat dan kecerunan pesisir depan semakin landai. Hasil prosesan kedudukan titik-titik pangkal melalui perisian “CARIS” mendapati perbezaan kedudukan titik-titik pangkal sebanyak 108 m, 169 m dan 107 m. Kesimpulannya, ketidakpastian ini boleh menyebabkan negara kerugian kawasan maritim
Keywords :
Titik pangkal , laut wilayah , perisian
Record number :
2554589
Link To Document :
بازگشت