Title of article :
Ostrakod Baharu di Dalam Sedimen Luar Pantai di Sekitar Pulau Tioman, Pahang: (Recent Ostracoda within Offshore Sediment Around Pulau Tioman, Pahang)
Author/Authors :
Nor Faiz, Noraswana Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Omar, Ramlan Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia
From page :
9
To page :
20
Abstract :
Suatu kajian mengenai kehadiran ostrakod baharu di dalam sedimen luar pantai telah dijalankan di sekitar Pulau Tioman, Pahang. Sebanyak 12 sampel sedimen telah diambil bagi tujuan ini. Sebagai hasilnya, sebanyak 34 spesies, 28 genus dan 14 famili daripada sejumlah 1,985 spesimen ostrakod telah berjaya dikenal pasti. Stesen ST4 mencatatkan jumlah kehadiran ostrakod paling tinggi iaitu sebanyak 442 spesimen diikuti dengan stesen ST5 iaitu 322 spesimen. Stesen ST12 pula mencatatkan jumlah kehadiran ostrakod paling rendah dengan hanya 29 spesies sahaja. Daripada 34 spesies yang diperolehi, Loxoconcha paiki adalah spesies yang paling dominan dengan jumlah individu sebanyak 198, diikuti oleh spesies Pistocythereis bradyi (192 individu) dan Venericythere papuensis (188 individu). Bagi famili pula, Trachyleberididae merupakan famili paling dominan dengan mencatatkan jumlah spesimen tertinggi iaitu 478 (mewakili 24.8% daripada keseluruhan spesimen)
Keywords :
Ostrakod baharu , Pulau Tioman , sedimen luar pantai
Record number :
2554690
Link To Document :
بازگشت