Title of article :
Penilaian Kualiti Subgred Turapan Menggunakan Kaedah Analisis Spektrum Gelombang Permukaan: (Evaluation of Pavement Subgrade Quality using the Spectral Analysis of Surface Wave Method)
Author/Authors :
Rosyidi, S. A. Universiti Muhammadiyah Yogyakarta - Jabatan Kejuruteraan Awam, Indonesia , Taha, M. R. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Malaysia , Ismail, A. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Malaysia , Chik, Z. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Malaysia
From page :
21
To page :
30
Abstract :
Dalam hal yang berkaitan dengan pengurusan turapan jalan raya, keupayaan galas lapisan subgred banyak mempengaruhi keadaan struktur turapan secara keseluruhan. Oleh itu, penilaian kualiti subgred diperlukan dari masa ke masa bagi mengawal kualiti turapan supaya ianya boleh dilalui kenderaan tanpa mengalami kerosakan. Kaedah Analisis Spektrum Gelombang Permukaan (lebih dikenali dengan Spectral Analysis of Surface Wave-SASW) merupakan suatu teknik uji kaji seismos tanpa musnah di lapangan yang boleh digunakan untuk penilaian kekukuhan dan kedalaman struktur turapan jalan termasuk lapisan subgred turapan dengan cepat dan menjimatkan. Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan keupayaan kaedah SASW bagi menilai kualiti lapisan subgred turapan. Kaedah SASW dilakukan berdasarkan kaedah perambatan gelombang R. Berasaskan data beza fasa gelombang R yang merambat di permukaan turapan, lengkung eksperimen serakan halaju fasa diperolehi. Selanjutnya melalui proses songsangan, parameter dinamik bahan seperti halaju ricih yang mewakili modulus elastik dan ricih dinamik bahan turapan jalan boleh ditentukan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah SASW berupaya menghasilkan parameter dinamik bahan lapisan subgred turapan yang boleh diguna pakai. Beberapa model empirik dengan korelasi yang baik berjaya diterbitkan daripada kajian ini yang boleh digunakan dengan mudah di lapangan untuk penilaian kekukuhan lapisan subgred secara tepat
Keywords :
Kaedah SASW , kekukuhan turapan , kekukuhan subgred , pengurusan turapan
Record number :
2554691
Link To Document :
بازگشت