Author/Authors :
Hj Othman, Mohd. Yusof Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Islam Hadhari, Malaysia , Fudholi, Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia - Solar Energy Research Institute, Malaysia , Sopian, Kamaruzzaman Universiti Kebangsaan Malaysia - Solar Energy Research Institute, Malaysia , Ruslan, Mohd Hafidz Universiti Kebangsaan Malaysia - Solar Energy Research Institute, Malaysia , Yahya, Muhammad Universiti Kebangsaan Malaysia - Solar Energy Research Institute, Malaysia
Abstract :
Sistem pengering suria untuk pengeringan hasil pertanian dan laut telah direka bentuk, dibina dan diuji dalam suasana cuaca di Malaysia. Sistem pengeringan suria yang dibina, diuji untuk mengeringkan rumpai laut Gracilaria changii. Rumpai laut yang dikeringkan mempunyai kandungan air sekitar 95% asas berat basah untuk menghasilkan produk kering yang mempunyai kandungan air 10%. Proses pengeringannya mengambil masa selama kira-kira 7 jam, pada purata keamatan sinaran suria 593 W/m2 dan kadar aliran udara pengering 0.0613 kg/s. Pemadanan tiga model pengeringan telah dilakukan dengan data uji kaji pengeringan rumpai laut menggunakan sistem pengering suria pada suhu udara purata dalam kebuk 50°C dan purata kelembapan relatif udara 20%. Kejituan padanan model ditentukan berdasarkan nilai R2 yang paling tinggi, juga nilai MBE dan RMSE yang paling rendah. Kajian ini mendapati model pengeringan rumpai laut yang sesuai adalah model pengeringan Page dibandingkan dengan model pengeringan yang lain (model pengeringan Newton dan model Henderson dan Pabis)
Keywords :
Kinetik pengeringan , model pengeringan , rumpai laut , sistem pengering suria