Title of article :
Sejarah Jatuh dan Hubungannya dengan Status Pemakanan di Kalangan Pesakit Warga Tua (History of Falls and its Relationship with Nutritional Status Among Elderly Patients)
Author/Authors :
CHENG, SHI HUI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan bersekutu - Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Malaysia , SHAHAR, SUZANA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan bersekutu - Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Malaysia , LEE, FATT SOON Hospital Kuala Lumpur - Jabatan Perubatan , Unit Geriatik, Malaysia , RAMLI, AYIESAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan bersekutu - Jabatan Fisioterapi, Malaysia
From page :
379
To page :
385
Abstract :
Risiko jatuh yang meningkat mengakibatkan kecederaan dan ketidakfungsian di kalangan warga tua. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan prevalens jatuh dan hubungannya dengan status pemakanan di kalangan 143 pesakit warga tua dari wad perubatan dan klinik pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur. Pengukuran antropometri diambil dan status kesihatan tulang dinilai dengan ultrabunyi kuantitatif (QUS). Sejarah jatuh, status fungsian dan pengambilan makanan berdasarkan sejarah diet turut dicerap dengan menggunakan borang soal-selidik melalui temuduga bersemuka dengan subjek. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 16.0 dan Foodworks. Prevalens jatuh (pernah jatuh sekurangkurangnya sekali sepanjang setahun yang lepas) dalam kajian ini adalah 32.9%. Prevalens jatuh bagi subjek perempuan (40.2%) adalah lebih tinggi berbanding lelaki (17.4%)(p 0.01). Subjek perempuan dengan pengambilan kalsium kurang daripada 300 mg/h (adjusted OR = 3.07, 95% CI = 1.02-9.25) dan protein tidak mencapai 1 g/kg berat badan (adjusted OR = 3.68, 95% CI = 0.98-13.84) meningkatkan risiko jatuh. Secara keseluruhan, satu pertiga daripada subjek kajian pernah jatuh, terutamanya di kalangan wanita. Program intervensi pemakanan dan kesihatan harus dilakukan ke atas pesakit warga tua yang mempunyai pengambilan kalsium kurang daripada 300 mg/hari dan pengambilan protein kurang daripada 1 g/kg berat badan bagi mengurangkan risiko jatuh dan komorbiditi akibat jatuh
Keywords :
Jatuh , pesakit warga tua , status pemakanan
Record number :
2555376
Link To Document :
بازگشت