• Title of article

    Interaksi Psikofisiologi antara Girus Presentral dan Lobus Parietal Superior Kanan

  • Author/Authors

    YUSOFF, A.N. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik Kesihatan Gunaan, Malaysia

  • From page
    765
  • To page
    771
  • Abstract
    Kajian pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) subjek tunggal ini menyelidiki interaksi psikofisiologi (PPI) antara girus presentral (PCG) dan lobus parietal superior (SPL) kanan semasa tepikan jari rentak sendiri secara bilateral. Model kehubungan efektif antara PCG dan SPL kanan dibina menggunakan analisis PPI dengan mengambil daya dan laju tepikan sebagai faktor uji kaji. Keputusan menunjukkan bahawa peningkatan daya dan laju tepikan masing-masing mengaktifkan PCG bilateral dan SPL kanan secara bererti (p 0.05). PCG dan SPL kanan didapati saling berhubungan semasa tepikan jari dilakukan dengan daya dan laju tepikan sebagai faktor uji kaji yang mempengaruhi kehubungan efektif antara mereka. Kajian ini telah mendedahkan maklumat asas berguna untuk kajian fMRI pada masa depan ke atas koordinasi motor dan boleh digunakan untuk mengkaji ketaktertiban otak misalnya strok.
  • Keywords
    fMRI , kehubungan efektif , pemetaan statistik berparameter , tepikan jari
  • Record number

    2555669