Title of article
Lengkung Peralihan Licin dengan Kuartik Bezier Satahan
Author/Authors
AHMAD, AZHAR Universiti Pendidikan Sultan Idris - Fakulti Sains Dan Matematik, Malaysia , ALI, JAMALUDIN MD Universiti Sains Malaysia - Sekolah Sains Matematik, Malaysia
From page
989
To page
997
Abstract
Kertas ini membincangkan satu keluarga lengkung peralihan satahan licin yang dibina menggunakan dua lingkaran kuartik Bezier. Lingkaran kuartik yang diperkenalkan ini mempunyai enam darjah kebebasan yang memberi kelebihan untuk mempelbagaikan rupa bentuk lingkaran di dalam selangnya. Kelicinan adalah dirujuk melalui ciri-ciri keselanjaran geometri G² dan kelengkungan monoton yang dimiliki oleh sesuatu lengkung peralihan. Oleh sebab lengkungan ini tidak memiliki sebarang juring, gelung dan titik lengkok balas, di samping tanpa perubahan kelengkungan yang mendadak maka ia amat sesuai untuk aplikasi tertentu dalam Reka Bentuk Berbantukan Komputer (RBK) bagi memenuhi keperluan estatis serta kepentingan fungsinya seperti reka bentuk produk industri, trajektori robot tidak holonomi dan juga reka bentuk mendatar landasan kereta api serta lebuh raya. Sebagai suatu perwakilan polinomial, lingkaran kuartik Bezier ini mampu digabungjalinkan ke dalam sistem RBK yang kebanyakannya berasaskan perwakilan NURBS (nonuniform rational B-splines).
Keywords
Kelengkungan monoton , lengkung peralihan , lingkaran kuartik bezier
Record number
2555682
Link To Document