• Title of article

    Morfologi dan Sifat Magnet Filem La1-x Sr x MnO3(0 ≤ x ≤ 0.25) di Atas Substrat Kuarza

  • Author/Authors

    ZALITA, Z. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Malaysia , ABDULLAH, H. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Malaysia , ZULFAKAR, M.S. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Malaysia , SHAARI, S. Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Malaysia

  • From page
    1145
  • To page
    1149
  • Abstract
    Sampel larutan kompleks La1-x Sr x MnO3 (LSMO) dengan 0 ≤ x ≤ 0.25 telah disediakan menggunakan kaedah Pechini. Larutan LSMO seterusnya dimendapkan ke atas substrat kuarza menggunakan kaedah salutan berputar dan seterusnya disepuh lindap pada suhu 750°C selama satu jam. Corak pembelauan sinar-X bagi filem yang mengandungi Sr bersesuaian dengan LSMO berstruktur rombohedron R3c . Morfologi permukaan filem menunjukkan struktur yang berlainan bagi nilai x yang berlainan dengan lebih banyak pembentukan rekahan permukaan filem dengan peningkatan Sr. Sifat magnet pada suhu bilik menunjukkan kewujudan lengkungan histeresis untuk kesemua sampel. Sampel filem nipis La 1-x S rx MnO3 dengan x = 0.00, 0.05 dan 0.10 menunjukkan sifat feromagnet yang lemah manakala filem dengan x = 0.15, 0.20 dan 0.25 adalah bersifat paramagnet. Sampel dengan x = 0.10 mempunyai nilai pemagnetan yang paling tinggi pada medan 12 kOe iaitu 0.48 emu/g.
  • Keywords
    Kaedah Pechini , manganit , rombohedral
  • Record number

    2555708