Title of article :
Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasi,Transaksi dan Laissez-Faire dengan Persepsi Terhadap SokonganOrganisasi
Author/Authors :
Zin, Md Lazim Bin Mohd Universiti Utara Malaysia - Kolej Perniagaan, Pusat Pengajian Pengurusan, Malaysia , Binti Ibrahim, Hadziroh Universiti Utara Malaysia - Kolej Perniagaan, Pusat Pengajian Pengurusan, Malaysia , Shamsudin, Faridahwati Binti Mohd Universiti Utara Malaysia - Kolej Perniagaan, Pusat Pengajian Pengurusan, Malaysia
Abstract :
Kajian ini mengenal pasti hubungan antara gaya kepimpinan transformasi,transaksi dan laissez-faire dengan persepsi terhadap sokongan organisasidalam kalangan pekerja profesional teknologi maklumat. Bagi mencapaiobjektif ini, sebanyak 832 soal selidik telah dihantar menerusi pos kepadawakil organisasi yang telah bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini.Daripada 220 soal selidik yang telah diterima semula, hanya 178 soal selidikboleh digunakan untuk analisis selanjutnya dan menghasilkan kadar maklumbalas sebanyak 21.39 peratus. Analisis regresi berganda digunakan untukmenguji hipotesis kajian. Hasilnya menunjukkan bahawa hanya gayakepimpinan transformasi dan laissez-faire mempunyai hubungan yangsignifikan dengan persepsi terhadap sokongan organisasi. Manakala,hubungan antara gaya kepimpinan transaksi dengan persepsi terhadapsokongan organisasi adalah tidak signifikan.
Keywords :
Persepsi terhadap sokongan organisasi , gaya kepimpinantransformasi , gaya kepimpinan transaksi , laissez , faire , pekerja mahir teknologimaklumat
Journal title :
International Journal of Business and Technopreneurship
Journal title :
International Journal of Business and Technopreneurship