Author/Authors :
Jemain, Abdul Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia , Zahari, Marina Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia , Zin, Wan Zawiah Wan Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia
Abstract :
Kertas ini mengemukakan beberapa penganggar teguh parameter skala taburan normal separuh. Penganggar teguh yang dicadangkan adalah berdasarkan gabungan linear statistik tertib. Kecekapan setiap penganggar teguh berkenaan dikaji dengan membandingkannya dengan penganggar saksama varians minimum yang diperoleh daripada kaedah kebolehjadian maksimum, dan penganggar saksama kaedah momen. Didapati penganggar kebolehjadian maksimum mudah terjejas dengan kehadiran pencilan berbanding dengan penganggar kaedah momen. Kajian ini juga mendapati yang min kuasa dua ralat penganggar statistik tertib jauh lebih kecil berbanding dengan min kuasa dua ralat bagi kedua-dua penganggar kebolehjadian maksimum dan momen apabila data dicemari oleh pencilan. Keputusan yang kami peroleh menunjukkan penganggar gabungan linear statistik tertib lebih teguh dan mempunyai kecekapan yang tinggi dengan titik musnah 15%. Kecekapan relatifnya melebihi dua kali ganda lebih tinggi berbanding penganggar kebolehjadian maksimum.
Keywords :
Statistik teguh , kecekapan , titik musnah , normal separuh