Title of article :
Perbandingan Prestasi Tiga Jenis Carta Kawalan untuk Taburan Pencongan
Author/Authors :
Khoo, Michael B.C. Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia , Kassim, Mazidah Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia
From page :
169
To page :
185
Abstract :
Kertas kerja ini membandingkan tiga jenis kaedah carta kawalan berlainan yang digunakan untuk memantau min proses daripada taburan pencongan. Taburan pencongan yang dipertimbangkan ialah taburan Weibull, lognormal dan gama manakala carta kawalan untuk taburan pencongan yang dikaji ialah carta ¯X varians berpemberat (carta WV − ¯X ), carta ¯X sisihan piawai berpemberat (carta WSD − ¯X ) dan carta ¯X dengan pembetulan kepencongan (carta SC − ¯X ). Carta-carta ini akan dinilai berdasarkan prestasi purata panjang larian dalam kawalan (ARL0). ARL ditakrifkan sebagai purata bilangan titik sampel yang perlu diplotkan pada carta kawalan sebelum titik yang pertama plot di luar had-had kawalan. Oleh sebab carta-carta ini direkabentuk berdasarkan lebar tiga sisihan piawai, ARL0 ≈ 370 dipertimbangkan apabila taburan pendasar proses adalah normal. Carta yang baik mempunyai nilai ARL0 yang besar apabila proses mempunyai taburan pencongan. Perbandingan prestasi berdasarkan kajian simulasi menggunakan program Statistical Analysis System (SAS) versi 9 mendapati bahawa carta-carta SC − ¯X dan WSD − ¯X mempunyai prestasi ARL0 yang lebih baik daripada carta WV − ¯X . Carta-carta SC − ¯X dan WSD − ¯X mempunyai prestasi ARL0 yang hampir sama.
Keywords :
Carta kawalan , taburan pencongan , varians berpemberat (WV) , sisihan piawai berpemberat (WSD) , pembetulan kepencongan (SC) , purata panjang larian (ARL) , min proses
Journal title :
Matematika
Journal title :
Matematika
Record number :
2569852
Link To Document :
بازگشت