Title of article :
Penyelesaian Persamaan Pembezaan Biasa Kaku Menggunakan Kaedah Blok Formulasi Beza Ke Belakang
Author/Authors :
Ibrahim, Zarina Bibi Universiti Putra Malaysia - Fakulti Sains, Malaysia , Suleiman, Mohamed Universiti Putra Malaysia - Fakulti Sains, Malaysia , Othman, Khairil Iskandar Universiti Teknologi MARA - Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Malaysia
From page :
9
To page :
14
Abstract :
Kertas kerja ini membincangkan kaedah Blok Formulasi Beza Ke Belakang (BFBB) bagi menyelesaikan persamaan pembezaan biasa (PPB) jenis kaku. Umumnya, persamaan jenis kaku diselesaikan dengan kaedah tersirat yang melibatkan lelaran Newton yang mengambil masa pengiraan yang panjang. Dengan yang demikian, suatu kaedah blok dua titik menggunakan saiz langkah berubah dibangunkan berdasarkan Formulasi Beza Ke Belakang (FBB). Sebelum ini pengiraan beza pembahagi yang berulangkali dan rumit dilakukan pada setiap langkah dalam pengiraan pekali pembezaan, tetapi dalam kod yang dibangunkan, pengiraan pekali pembezaan hanya dilakukan pada langkah awal sahaja. Dipaparkan perbandingan keputusan berangka antara BFBB dan FBB yang menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan masa pengiraan dan kejituan penyelesaian yang lebih baik apabila kaedah BFBB di gunakan dalam menyelesaikan masalah nilai awal PPB kaku.
Keywords :
Blok , kaku , formulasi beza ke belakang
Journal title :
Matematika
Journal title :
Matematika
Record number :
2569855
Link To Document :
بازگشت