• Title of article

    Duang: The Semiotic Interpretation and Perception of the Bajau-Sama Community in Sabah

  • Author/Authors

    Mohd. Yakin, Halina Sendera Universiti Malaysia Sabah - Centre for the Promotion of Knowledge Language Learning, Malaysia , Nornis Hj. Mahali, Saidatul Universiti Malaysia Sabah - Centre for the Promotion of Knowledge Language Learning, Malaysia

  • From page
    71
  • To page
    78
  • Abstract
    Rencana ini memperkenalkan interpretasi dan persepsi semiotik tradisi masyarakat Bajau-Sama di daerah Kota Belud, Sabah, berkaitan adat kematian. Perbincangan akan difokuskan kepada komunikasi tanpa lisan dalam ritual kematian yang dikenali sebagai ngeduang. Ngeduang disimbolkan sebagai perbuatan ‘memberi makan dan membantu’ si mati semasa mengharungi ‘dunia baru’. Ia merujuk kepada ‘pemberian’ yang diberi keluarga si mati kepada orang miskin dan individu yang menghadiri kenduri. Pemberian itu dipanggil sebagai duang. Lazimnya, duang mengandungi makanan tradisi seperti kalas, kuih sinsim, kuih jala, kuih penjaram, kuih berate, saging randang, kuih wajid, inti’, nasi dan lauk pauk yang mempunyai maknanya tersendiri. Selain itu, hubungan antara makna tersurat dan tersirat tentang duang dengan interpretasi dan persepsi masyarakat Bajau terhadap kehidupan mereka turut dibincangkan
  • Keywords
    Adat kematian , Duang , komnunikasi tanpa , kata , semiotik , Bajau , Sama
  • Journal title
    International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
  • Journal title
    International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
  • Record number

    2570702