Title of article :
Siber Urbanisme: Pemikiran Melayu Tentang Bandar Pintar
Author/Authors :
Abdul Malek, Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia - Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Malaysia
Abstract :
Orang Melayu sudah terdedah kepada proses pembandaran sejak kesultanan Melaka. Tetapi, sepanjang zaman kolonial, mereka telah dipinggirkan dalam arus pembandaran kerana dasar “pecah dan perintah”. Selepas merdeka, mereka kembali menduduki kawasan bandar melalui proses migrasi desa ke bandar, ekoran pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan kini Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010). Hasilnya, bilangan orang Melayu kelas menengah di bandar telah meningkat, khususnya di bandar pintar yang dikenali juga dengan bandar siber, bandar maya dan ‘technopolis’. Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan menamakan bandar pentadbiran mereka sebagai Bandaraya Melayu Bestari Shah Alam, Putrajaya dan Cyberjaya dengan majoriti penduduknya daripada orang Melayu. Sejajar perkembangan bandar pintar tersebut, pemikiran orang Melayu telah berubah daripada urbanisme kepada siber urbanisme. Rencana ini membincangkan perkembangan pemikiran siber urbanisme orang Melayu dengan menyentuh pandangan mereka tentang etika dan estetika pembangunan bandar pintar
Keywords :
Siber urbanisme , bandar pintar , Putrajaya , Cyberjaya
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)