Title of article
Kajian Semiotik dalam Novel-Novel Mochtar Lubis
Author/Authors
Jang-Gyem, Kim Hankuk University of Foreign Studies Seoul - Center for International Area Studies
From page
149
To page
159
Abstract
Mochtar Lubis memainkan peranan penting dalam kesusasteraan Indonesia. Menganalisis karya-karyanya adalah sesuatu yang amat penting dan signifikan dalam bidang kesusasteraan. Dengan menggunakan pendekatan semiotik, pengkaji menganalisis enam karya Mochtar Lubis. Untuk tujuan ini, pengkaji juga memasukkan karya-karya bukan fiksyen beliau. Dalam karya-karya tersebut, jelas terbukti bahawa beliau cenderung untuk memberi perhatian terhadap isu yang sama: nasib golongan orang biasa dalam dinamik sosial dan budaya. Kita tidak boleh memahami karya-karya Mochtar Lubis dengan hanya menggunakan instrumen tekstual dalaman, maka perlu juga menggunakan teks luaran. Karya-karya bukan fiksyen daripada Mochtar Lubis juga memberi sumbangan dalam meningkatkan kefahaman kita terhadap karyakarya beliau
Keywords
Semiotik , intertekstualiti , dinamik sosial , budaya
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Record number
2570706
Link To Document