Title of article :
The Peranakan Baba Nyonya Culture: Resurgence or Disappearance?
Author/Authors :
Lee, Su Kim Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia
Abstract :
Kacukan budaya boleh terjadi dalam banyak bentuk dan pilih atur, termasuk peminjaman kata-kata dan pengambilan amalan sosial dan kepercayaan dan juga penyesuaian pakaian dan makanan. Corak penghijrahan dan pengaliran kebudayaan di Asia Tenggara telah menjana perkembangan yang tersebut dan lain-lain pada masa dan di tempat yang berlainan. Di bawah keadaan yang tertentu, suatu kumpulan etnik yang baru atau yang dikesan sebagai yang berbeza daripada kumpulan etnik yang ada mungkin muncul. Kumpulan etnik yang dimaksudkan adalah Peranakan Baba Nyonya. Ia terjadi pada abad ke 15 ketika orang Cina tiba di Melaka dan berkahwin campur dengan wanita tempatan. Kebudayaan peranakan adalah gabungan unik antara kebudayaan Cina dan Melayu dengan campuran daripada penyintesisan unsur kebudayaan Java, Batak, Thai dan British, melambangkan faham pelbagai budaya dan pelakuran lama sebelum terciptanya istilah-istilah itu..Kini, dunia peranakan sudah menghilang
Keywords :
Peranakan , Baba , Nyonya , kebangkitan semula , keunikan
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)