Title of article :
Strategi Interaksi dalam Tradisi Lisan Isun-Isun Bajau
Author/Authors :
Nornis Hj. Mahali, Saidatul Universiti Malaysia Sabah - Center for the Promotion of Knowledge Language Planning, Malaysia
Abstract :
Setiap hari kita menggunakan bahasa untuk berinteraksi. Terdapat pelbagai cara untuk berinteraksi: sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Meskipun demikian, penutur-pendengar memerlukan pengetahuan terhadap setiap proses interaksi itu, yakni dengan mempunyai pengetahuan terhadap konteks situasi yang berlaku semasa berinteraksi untuk mengelakkan salah faham terhadap kandungan interaksi. Orang Bajau di Kota Belud, Sabah, menggunakan nyanyian lisan, Isun-Isun, untuk berinteraksi. Melalui nyanyian ini, beberapa bentuk strategi interaksi dapat ditonjolkan, seperti pemesraan, peyakinan dan pernyataan. Strategi interaksi itu mampu mewujudkan rasa empati, selain mengelakkan salah faham. Isun-Isun adalah contoh baik tentang seni komunikasi secara formal yang tidak terdapat dalam tradisi lisan yang lain
Keywords :
Bahasa Bajau , nyanyian lisan Bajau , Isun , Isun , strategi interaksi
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)