Title of article
Dari Halaman Rumah ke Dewan Merak Kayangan: Upacara Perkahwinan Melayu Bandar
Author/Authors
ABDULLAH, FATIMAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Malaysia
From page
97
To page
107
Abstract
Setiap masyarakat mempunyai caranya untuk meraikan upacara penting. Ia bukan sahaja membayangkan integrasi, tetapi juga memperlihatkan adat resam masyarakat itu. Kalau dalam masyarakat tradisional, perpaduan mekanikal penting dengan semua ahli mengambil bahagian, tetapi dalam masyarakat moden, ikatan sosial organik semakin dominan. Sebagai institusi sosial, keluarga terpisah daripada institusi ekonomi bila aktiviti itu tidak lagi dilakukan dalam keluarga dengan ahli keluarga dibayar upah kerana tenaga kerja mereka. Makalah ini akan mengupas perubahan kepada upacara perkahwinan. Pandangan yang dikemukakan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian ke atas keluarga kelas menengah Melayu di bandar. Makna upacara perkahwinan yang menjadi lambang perpaduan keluarga dan masyarakat masa dahulu telah semakin terhakis berikutan kebanyakan aktivitinya diambil alih agensi komersial. Kini upacara perkahwinan lebih berupa lambang status keluarga
Keywords
Keluarga , perkahwinan , perpaduan , kelas sosial , individualisme
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Record number
2570721
Link To Document