Title of article :
Arkeologi dalam Kerja Pemuliharaan: Cabaran Terhadap Masa Depan Negara
Author/Authors :
MUHAMAD, ASYAARI Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Alam Tamadun Melayu (ATMA), Malaysia
Abstract :
Artikel ini memperkatakan peranan arkeologi dalam kerja pemuliharaan di Malaysia. Sehingga kini, lebih daripada 50 projek penyelidikan arkeologi, pemuliharaan kepelbagaian bangunan warisan dan tapak bersejarah di negara ini telah dijalankan. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Sehubungan itu, pentingnya penyelidikan arkeologi dalam memastikan kejayaan kerja pemuliharaan itu ditunjukkan. Selain pemuliharaan harus dimulai dengan penyelidikan arkeologi yang sesuai, juga dicadangkan hasil penemuan arkeologi perlu dipelihara. Untuk mengekalkan keaslian sesuatu bangunan warisan atau tapak bersejarah, ciri-ciri yang asal perlu dibina semula. Kesemua kerja itu dikehendaki dilaksanakan arkeologis yang berkelayakan dan juga yang berpengalaman
Keywords :
Akeologi , pemuliharaan , Masjid Peringgit , Rumah Suffolk , Masjid Lebuh Aceh , Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)