Title of article :
The Development of Universiti Kebangsaan Malaysia Malay Language Related Word Reading Text Test
Author/Authors :
OMAR, ROKIAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan - Program Optometri/Sains Penglihatan, Malaysia , BAURI, NOORHALILAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan - Program Optometri/Sains Penglihatan, Malaysia , KNIGHT, VICTOR FEIZAL Institut Sukan Negara Malaysia, Malaysia , MOHAMMED, ZAINORA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan - Program Optometri/Sains Penglihatan, Malaysia
Abstract :
Ujian teks bacaan Bahasa Melayu telah dibangunkan untuk menilai prestasi membaca kanak-kanak sekolah rendah. Seramai 120 pelajar Tahap 1 (purata umur 8.5 ± 0.5 tahun) dan Tahap 2 (purata umur 10.5 ± 0.5 tahun) berpenglihatan normal telah dipilih secara rawak. Subjek diminta membaca lima teks bacaan secara rawak dengan kuat. Masa selesai membaca setiap teks bacaan diukur dan sebarang kesalahan menyebut perkataan direkodkan. Purata kelajuan membaca dan kadar membaca diukur sebagai perkataan per minit (ppm). Kelajuan membaca Tahap 1 adalah 88.81 ± 1.95 {ralat piawai (RP)} ppm dan kadar membaca pula adalah 87.20 ± 1.98 (RP) ppm. Bagi Tahap 2, kelajuan membaca adalah 108.12 ± 1.66 (RP) ppm manakala kadar membaca adalah 107.22 ± 1.67 (RP) ppm. Kelajuan dan kadar membaca di antara subjek bagi setiap teks bacaan menunjukkan tiada perbezaan yang signifi kan (p 0.05) dengan nilai p bagi kedua-duanya adalah 0.91 manakala bagi tahap 2 pula nilai p adalah 0.57. Perbandingan di antara teks bacaan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifi kan (p 0.05). Semua teks bacaan adalah homogen secara statistik maka teks bacaan yang dibangunkan boleh dipilih secara rawak semasa ujian dan tidak akan memberi kesan kepada penilaian prestasi membaca di kalangan kanak-kanak sekolah rendah
Keywords :
Ujian teks bacaan , kelajuan membaca , kadar membaca
Journal title :
Malaysian Journal of Health Sciences
Journal title :
Malaysian Journal of Health Sciences