• Title of article

    Kaedah Peperiksaan bagi Murid-murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (BKBP)

  • Author/Authors

    MOHD YASIN, MOHD HANAFI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , RAMLI, MOHAMED FAUZEE Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , NIK ABD. RAHMAN, NIK AZHAR Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , KASBIN, MD. AMIN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , ZAHARI, ZAWAWI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia

  • From page
    27
  • To page
    33
  • Abstract
    Kajian ini memperkenal dan menguji satu kaedah pentaksiran kepada sampel murid-murid berkeperluan khas kategori masalah pembelajaran. Item-item soalan peperiksaan yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah diuji dalam peperiksaan sebenar. Item peperiksaan ditadbir dalam tiga kaedah, iaitu Kaedah Biasa (KB), E-suara I (EsI) dan E-suara II (EsII). KB ialah kaedah yang biasa digunakan, iaitu kertas pensel. EsI dan EsII pula ialah kaedah yang menggunakan teknologi maklumat (ICT). Semua arahan dan item peperiksaan ditaip dan bersuara, komputer diperlukan untuk mentadbir kedua-dua kaedah ini. Seramai 163 murid bermasalah pembelajaran yang telah menduduki peperiksaan pmr seluruh Malaysia dipilih menjadi sampel kajian. Masa menjawab peperiksaan ditambah sebanyak 25% daripada tempoh masa asal. Dalam EsI dan EsII, sampel melihat dan mendengar item soalan melalui komputer kemudian menjawab di dalam kertas OMR, tetapi dalam EsII pula sampel menjawab terus di dalam komputer. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min KB 5.83, EsI 8.13 dan EsII 8.35. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa kebolehan murid berkeperluan khas kategori bermasalah pembelajaran menjawab soalan menggunakan EsII adalah baik. Melalui EsII, tahap pencapaian sebenar murid-murid berkeperluan khas kategori bermasalah pembelajaran telah dapat diuji.
  • Keywords
    Pendidikan khas , multimedia , pentaksiran alternatif inklusif , keperluan khas
  • Journal title
    Malaysian Journal of University Education
  • Journal title
    Malaysian Journal of University Education
  • Record number

    2571697