Title of article :
Pembangunan Instrumen Penyelesaian Masalah Sains
Author/Authors :
HALIM, ABDUL Universitas Syiah Kuala - FKIP - Jurusan Pendidikan Fisika, Indonesia , HALIM, LILIA Universitas Syiah Kuala - FKIP - Jurusan Pendidikan Fisika, Indonesia , MOHD MEERAH, T. SUBAHAN Universitas Syiah Kuala - FKIP - Jurusan Pendidikan Fisika, Indonesia , OSMAN, KAMISAH Universitas Syiah Kuala - FKIP - Jurusan Pendidikan Fisika, Indonesia
From page :
35
To page :
39
Abstract :
Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti pola penyelesaian masalah sains oleh pelajar, guru, dan pakar. Instrumen yang diguna pakai dalam penyelidikan meliputi masalah rutin, masalah bukan rutin, soal selidik tentang penyelesaian masalah rutin dan bukan rutin. Langkah-langkah pembangunan instrumen penyelesaian masalah sains meliputi pembinaan soalan rutin dan bukan rutin, pembinaan item soal selidik penyelesaian sains, pengesahan pakar dan kajian rintis bagi mendapatkan pengesahan dan pekali kebolehpercayaan. Masalah rutin dan bukan rutin didapati daripada kajian literatur dan ubahsuaian daripada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Fizik, Kimia, dan Matematik. Manakala pembinaan item-item soal selidik merujuk kepada takrifan konstruk berasaskan kajian literatur. Skema pemarkahan analitik penyelesaian masalah soalan rutin dan bukan rutin dibina dengan merujuk kepada cadangan pakar. Pengesahan kandungan dan muka instrumen dilakukan oleh enam pakar sains dan matematik. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa alpha Cronbach item soal selidik di antara julat 0.70 hingga 0.90. Manakala julat pekali korelasi antara item 0.14 hingga 0.35. Tahap-tahap pembentukan instrumen yang dijalankan dalam kajian ini dapat diguna pakai bagi bidang sains lain.
Keywords :
Penyelesaian masalah sains , soalan rutin , soalan bukan rutin , pengukuran , pola
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Record number :
2571699
Link To Document :
بازگشت