Title of article :
Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak
Author/Authors :
HUI CHING, MELVINA CHUNG Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , BADUSAH, JAMALUDIN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page :
59
To page :
65
Abstract :
Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang sikap guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah di bahagian Bintulu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran. Kajian ini juga melihat hubungan sikap dengan pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Di samping itu, kajian ini juga meninjau sikap terhadap penggunaan ICT berdasarkan jenis aliran sekolah dan kursus ICT yang pernah dihadiri oleh guru-guru. Seramai 105 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 12 buah sekolah rendah di Bintulu, iaitu tujuh buah sekolah rendah kebangsaan (SK) dan lima buah sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) telah dijadikan sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian Fairose (2006). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah positif. Namun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran berdasarkan jenis aliran sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT.
Keywords :
Sikap , guru , penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) , pengajaran , sekolah rendah
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Record number :
2571702
Link To Document :
بازگشت