Title of article :
Skop Kelakuan Buruk Dalam Kod Kelakuan Profesional 1987: Satu Analisis Menurut Etika Perubatan Islam
Author/Authors :
Nawi, Mazni Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Malaysia , Ngah, Anisah Che Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-Undang, Malaysia
Abstract :
Kod Kelakuan Profesional 1987 dirangka untuk menggalakkan profesionalisme perubatan dan amalan perubatan baik di kalangan pengamal perubatan. Sungguhpun, pelbagai langkah telah diambil untuk mencapai hasrat itu, saban tahun Majlis Perubatan Malaysia menerima pelbagai aduan salah laku di kalangan pengamal perubatan. Badan yang mengawal selia pengamal perubatan di Malaysia ialah Majlis Perubatan Malaysia. Memandangkan pengamal perubatan Muslim turut didapati bersalah melakukan tindakan yang menjurus kepada kelakuan buruk maka artikel ini akan meninjau sejauh manakah skop kelakuan buruk dalam Kod Kelakuan Profesional 1987 selari dengan etika perubatan Islam. Penulis mendapati tiga kategori kelakuan buruk iaitu ‘abai dan tidak mengendahkan tanggungjawab profesional, penyalahgunaan keistimewaan dan kemahiran profesional dan kelakuan yang menjejaskan reputasi pengamal perubatan’ selari dengan etika perubatan Islam. Walau bagaimanapun, didapati Kod Kelakuan Profesional 1987 tidak mencukupi untuk menangani masalah salah laku di kalangan pengamal perubatan. Sehubungan itu, beberapa peruntukan baru yang terdapat dalam etika perubatan Islam boleh dimasukkan untuk menambahbaikkan skop kelakuan buruk iaitu peruntukan khusus mengenai keizinan, kerahsiaan dan caperon. Peruntukan baru tersebut boleh mengisi kelompangan Kod dalam mengatasi masalah salah laku di kalangan pengamal perubatan. Justeru itu, dengan adanya peruntukan sedemikian akan membantu Majlis Perubatan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya demi memelihara maruah profesion perubatan
Keywords :
Perubatan , etika , Islam , kelakuan buruk , Kod Kelakuan Professional 1987
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat