Title of article :
Gerenti Tersirat di Bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999: Penambahbaikan kepada Syarat Tersirat di Bawah Akta Jualan Barang 1957?
Author/Authors :
Mohd Zakuan, Zeti Zuryani Universiti Teknologi MARA Kampus Perlis - Fakulti Undang-undang, Malaysia , Ahmad Yusoff, Sakina Shaik Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Malaysia
From page :
95
To page :
108
Abstract :
Era globalisasi masa kini memperlihatkan kejatuhan sempadan nasional akibat pergerakan modal, pekerja, komoditi, idea, komunikasi dan tidak ketinggalan barang secara antarabangsa daripada luar negara memasuki Malaysia. Pergerakan ini memberi impak yang besar dalam merubah kebudayaan dan kefahaman terhadap undang-undang. Perdagangan di Malaysia pada masa kini merupakan pasaran dominasi penjual. Oleh itu, pengguna di Malaysia kini menjadi satu kelompok yang tertindas oleh amalan perdagangan yang tidak sihat oleh penjual yang lebih berpengaruh. Peranan undang-undang dalam pembekalan barang tidak dapat dinafikan lagi. Undang-undang perlindungan pengguna di Malaysia pada masa kini adalah perlu memandangkan barang yang dibekalkan oleh penjual kini adalah terdiri daripada barang yang kompleks dan rumit, hasil daripada kecanggihan inovasi teknologi. Masalah inilah yang menjadi antara pencetus penggubalan perundangan perlindungan pengguna yang lebih komprehensif iaitu Akta Pelindungan Pengguna 1999 (APP 1999) di Malaysia. Di sebalik pemakaian APP 1999 untuk melindungi pengguna di Malaysia, akta terdahulu iaitu Akta Jualan Barang 1957 (AJB 1957) masih terpakai bagi kontrak pembekalan barang. Dalam kontrak pembekalan barang terma tersirat amat penting dalam isu berhubung liabiliti sivil peniaga terhadap barang. Kelemahan terma tersirat di bawah undang-undang pembekalan barang akan menjadi satu halangan tuntutan dalam pelanggaran kontrak pengguna. Mengguna pakai pendekatan doktrinal, artikel ini menganalisis lima gerenti tersirat di bawah APP 1999 yang menyamai syarat tersirat di bawah AJB 1957. Analisis ini bertujuan melihat sama ada gerenti tersirat di bawah APP 1999 berjaya menangani kelemahan syarat tersirat di bawah AJB 1957 bagi melindungi pengguna dalam pasaran
Keywords :
gerenti tersirat , syarat tersirat , pengguna , Akta Pelindungan Pengguna 1999 , Akta Jualan Barang 1957
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Record number :
2573919
Link To Document :
بازگشت