Title of article :
Perjanjian Perdagangan di Bawah WTO: Isu-isu yang Mengundang Ketidakadilan kepada Negara-negara Anggota OIC
Author/Authors :
Mat Basir, Salawati Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Undang-undang, Malaysia
Abstract :
Usaha meliberalisasikan perdagangan dunia ditangani sepenuhnya oleh Badan Perdagangan Dunia (WTO) yang bertanggungjawab atas urusan pentadbiran dan perlaksanaan perjanjian perdagangan multilateral dan perundingan. Implementasi perjanjian perdagangan WTO ini sudah semestinya memberikan kesan kepada struktur perdagangan di negara-negara anggota OIC yang tidak bersedia untuk mengadaptasi sistem baru perdagangan antarabangsa ini secara menyeluruh disebabkan kekangan kewangan dan kekurangan pakar. Oleh itu, penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada tiga isu utama di bawah Perjanjian WTO yang memberikan implikasi tidak adil terhadap negaranegara Islam. Pertamanya, akan ditinjau bagaimana klausa anti-lambakan dijadikan tembok perlindungan industri domestik negara-negara maju dan mengancam eksport negara-negara anggota OIC di pasaran antarabangsa. Keduanya, sekatan perdagangan untuk negara-negara Islam melalui peruntukan standard SPS (the Sanitary and Phytosanitary Measures Agreement) yang menyaksikan eksport negara-negara anggota OIC dilayan sebagai kelas kedua dan ketiganya, persoalan subsidi pertanian negara-negara maju yang mengancam masa depan jutaan umat Islam yang bergantung hidup kepada eksport pertanian. Akhirnya, penulisan ini akan memperlihatkan bagaimana isu-isu ini nyata sekali mengancam nasib umat Islam dan langkah-langkah yang OIC wajib lakukan dengan segera untuk mengatasi isu-isu ketidakadilan ini
Keywords :
Perjanjian perdagangan , WTO , isu , isu ketidakadilan , negara , negara anggota OIC
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat