Title of article :
Analisis Pelaksanaan Prosiding Saman Penghutang Penghakiman dalam Penguatkuasaan Perintah Pembayaran Nafkah: Kajian Kes Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Author/Authors :
Nasohah, Zaini Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam - Jabatan Syariah, Malaysia , Tapah, Suwaid Universiti Teknologi MARA - Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Malaysia
From page :
43
To page :
52
Abstract :
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah yang ada kini memperuntukkan beberapa kaedah bagi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah bagi pembayaran wang termasuk nafkah. Antara kaedah tersebut adalah Saman Penghutang Penghakiman. Pada asasnya, Saman Penghutang Penghakiman bertujuan untuk memaksa penghutang penghakiman hadir ke mahkamah bagi tujuan pemeriksaan. Penghutang penghakiman akan diperiksa secara lisan tentang keupayaannya menyelesaikan hutang penghakiman. Pemeriksaan juga bertujuan mendapatkan apa-apa harta yang boleh digunakan bagi pembayaran hutang. Ringkasnya, matlamat utama pemeriksaan ialah untuk mencari jalan yang terbaik tentang cara manakah suatu penghakiman itu boleh dilaksanakan ke atas penghutang penghakiman. Artikel ini menganalisa perkara-perkara tersebut di atas dari sudut teori dan pelaksanaannya. Ia bertujuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan pelaksanaan prosedur berkenaan. Hasil analisa mendapati keberkesanan pelaksanaan prosiding ini banyak melibatkan budibicara hakim. Untuk itu, pihak-pihak bertikai hendaklah telus dalam memberi sebarang keterangan agar kuasa budibicara hakim dapat digunakan secara adil
Keywords :
Tatacara Mal Mahkamah Syariah , penguatkuasaan dan pelaksanaan , perintah pembayaran nafkah , Saman Penghutang Penghakiman , budibicara hakim
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Journal title :
Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat
Record number :
2573931
Link To Document :
بازگشت