Title of article :
Data Normatif Timpanometri di Kalangan Kanak-kanak Melayu Prasekolah
Author/Authors :
Abdul Wahab, Noor Alaudin Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Malaysia , Chahed, Norashikin Hospital Bukit Mertajam - Unit Audiologi, Jabatan Otorinolaringologi
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data normatif timpanometri di kalangan kanak-kanak Melayu prasekolah dan membandingkannya menurut jantina. Ini kerana faktor bukan patologi seperti umur, jantina dan bangsa mempengaruhi data normatif timpanometri. Sehubungan itu, garis panduan saringan telinga tengah oleh American Speech and Hearing Association (ASHA) yang menggunakan data normatif timpanometri kanak-kanak Kaukasian mungkin tidak sesuai untuk populasi kanak-kanak Melayu. Parameter timpanometri yang diukur ialah puncak statik admitan akustik dikompensasi (puncak Yt), isipadu salur telinga luar (Ve,) dan kelebaran timpanogram (TW). Seramai 161 orang kanak-kanak Melayu (80 orang kanak-kanak lelaki dan 81 orang kanak-kanak perempuan) berumur antara 4 hingga 6 tahun terlibat di dalam kajian ini. Bagaimanapun, hanya seramai 45 orang kanak-kanak lelaki dan 46 orang kanak-kanak perempuan (163 dari keseluruhan 182 telinga) memenuhi kriteria inklusi iaitu lulus pemeriksaan otoskopi dan saringan pendengaran serta menunjukkan refleks akustik ipsilateral pada 1000 Hz. Ujian ANOVA Campuran dua-hala untuk membandingkan min parameter timpanometri kanak-kanak lelaki dan perempuan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan; min puncak Ytm(p 0.05), min Vea(p 0.05), dan min TW (p 0.05). Olehitu, data kedua-dua kumpulan ini digabungkan. Secara keseluruhan, nilai min puncak Ytmialah 0.55 ± 0.28 mmhos, min Veaialah 0.90 ± 0.39 em , dan min TWialah 104.68 ± 32.08 daPa. Julat normalpersentil ke-90 bagi puncak Ytm ialah antara 0.27 hingga 1.18 mmhos, Veaantara 0.45 hingga 1.65 em dan TW antara59.60 hingga 149.80 daPa. Hasil kajian mencadangkan data normatiftimpanometri ini sesuai digunakan ke atas kanak-kanak Melayu prasekolah namun ianya tidakperlu dibezakan mengikutjantina. Sekiranya setiap satu nilai TW 200 daPa dan Vea 1.0 cmi oleh ASHA diaplikasi ke atas kanak-kanak Melayu prasekolah, maka masing-masing akan menyebabkan kadar rujukan yang rendah dan kadar rujukan yang berlebihan.
Keywords :
Timpanometri , prasekolah , Melayu , timpanogram
Journal title :
Malaysian Journal of Health Sciences
Journal title :
Malaysian Journal of Health Sciences