Title of article :
Hubungan Infestasi Demodex sp. dan Masalah Jerawat di Kalangan Orang Dewasa di Lembah Klang, Malaysia
Author/Authors :
Poh Ling, Chew Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Malaysia , Hayati Mohd Isa, Noor , Azree n Abdul Manap, Siti Nor Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Perubatan, Malaysia , Mohd Ghauth, Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Perubatan, Malaysia , Md Yunus, Aisah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Perubatan, Malaysia
From page :
45
To page :
48
Abstract :
Demodex sp. merupakan ektoparasit kulit dan dikenali sebagai tungau folikel yang selalu didapati pada manusia pada semua peringkat umur, kaum dan kumpulan geografi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan prevalens infestasi Demodex sp. di kalangan orang dewasa berumur antara 20 hingga 29 tahun di kawasan Lembah Klang dan menentukan kaitan infestasi ektoparasit ini denganjantina dan masalahjerawat. Kajian ini merupakan kajian pertama penentuan prevalens infestasi Demodex sp. di Malaysia. Seramai 350 orang subjek telah dikaji yang mana pemilihan sampel dilakukan secara pensampelan rawak berstrata. Pengambilan spesimen dilakukan secara kikisan kulit pada kawasan muka iaitu dahi, hidung, pipi dan dagu. Spesimen dititiskan dengan medium Hoyer dan pemerhatian dijalankan di bawah mikroskop cahaya. Borang soal selidik diedarkan untuk mengetahui kehadiran jerawat pada kulit muka. Hasil kajian mendapati prevalens keseluruhan infestasi Demodex sp. adalah 18.9% dan lelaki menunjukkan infestasi lebih tinggi (25.7%) berbanding perempuan (12.0%) manakala tiada perbezaan bermakna antara masalah jerawat dan infestasi Demodex sp. Kesimpulannya, infestasi Demodex sp. hadir di kalangan satu perlima dari subjek dengan lelaki didapati lebih bermasalah.
Keywords :
Demodex sp. , prevalens , kikisan kuIit , Malaysia
Journal title :
Malaysian Journal of Health Sciences
Journal title :
Malaysian Journal of Health Sciences
Record number :
2575143
Link To Document :
بازگشت