Title of article :
Analisis Kecekapan Teknikal Firma Melayu dalam Sektor Pembuatan Malaysia
Author/Authors :
ISMAIL, RAHMAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Perniagaan , ABU BAKAR, NORLINDA TENDOT Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
From page :
143
To page :
163
Abstract :
Penglibatan kaum Melayu sebagai usahawan semakin meningkat dan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Dalam mencapai hasrat ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai keistimewaan dan kemudahan kepada usahawan Melayu yang merupakan komponen terbesar Bumiputera. Walau bagaimanapun, kecekapan syarikat Melayu dilihat masih lagi rendah dan mereka juga kurang berdaya saing. Artikel ini bertujuan menganalisis dan mengenal pasti faktor penentu kecekapan teknikal (technical efficiency) syarikat milik Melayu dalam sektor pembuatan di Malaysia. Analisis diasaskan kepada 246 usahawan Melayu yang telah ditemubual menggunakan borang soal selidik pada tahun 2001/2002. Dalam mencapai objektif ini dua tahap penganggaran model dijalankan iaitu pertama, menganggarkan fungsi pengeluaran dengan menggunakan pendekatan perbatasan stokastik (stochastic frontier) untuk mendapatkan nilai kecekapan teknikal dan kedua menganggarkan Model Tobit untuk mengenal pasti faktor penentu tahap kecekapan teknikal. Keputusan penganggaran peringkat pertama menunjukkan purata kecekapan teknikal syarikat Melayu dalam sektor pembuatan adalah pada tahap sederhana, dengan subsektor keluaran logam yang direka, jentera, alat elektrik dan pengangkutan merupakan subsektor paling cekap, manakala subsektor keluaran bukan logam, kaca dan tembikar merupakan subsektor paling kurang cekap. Selanjutnya kajian ini mendapati saiz firma dan tahun bersekolah usahawan adalah signifikan dalam menentukan tahap kecekapan teknikal firma yang dikaji.
Keywords :
Kecekapan teknikal , usahawan Melayu , syarikat Melayu , sektor pembuatan.
Journal title :
International Journal of Management Studies
Journal title :
International Journal of Management Studies
Record number :
2582275
Link To Document :
بازگشت