• Title of article

    In the Shadow of Change: Images of Women in Indonesian Literature oleh Tineke Hellwig: Ulasan Kritis

  • Author/Authors

    TAHIR, UNGKU MAIMUNAH MOHD. Institut Alam dan Tamadun Melayu - Felo Penyelidik Utama - Ungku Maimunah Mohd Tahir, Malaysia

  • From page
    161
  • To page
    172
  • Abstract
    Dalam menganlisis citra wanita dalam cereka Indonesia sepanjang 50 tahun, Hellwig memilih teori-teori feminis kerana teori-teori tersebut membolehkan beliau mencabar teks yang dikaji. Pendekatan ini menurut beliau, perlu demi menawarkan satu bacaan alternatif kepada bacaan yang lumrah ditemui dalam tulisan kritikan sastera Indonesia. Penemuan Hellwig menunjukkan citra wanita Indonesia sepanjang tempoh itu tidak banyak berubah, iaitu masih sebagai objek dan bukan subjek yang mempunyai ikhtiar atau agency. Sebaliknya, ideologi patriaki jelas mendasari penghasilan dan penerimaan serta penghayatan karya cereka Indonesia. Ini disebabkan beberapa pegangan, fatwa atau ajaran, sama ada yang terbit daripada agama atau budaya, yang sudah sebati dalam masyarakat Indonesia, dan diterima pakai. Dalam konteks kerangka sebuah kajian ilmiah, ketelitian analisis Hellwig memang boleh dipertanggungjawabkan daripada segi logik dan kelicinan hujahnya. Namun begitu, perkara-perkara yang tidak tertera dalam cereka, yang mungkin dipilih oleh penulis cereka untuk sengaja dilenyapkan atas sebab-sebab tuntutan dan bias cerita, atau pun yang memang sudah sedia dimaklumi penulis dan pembaca dan justeru itu tidak dijelaskan, tetapi tetap memainkan peranan dalam mewarnai cereka, kadangkala tidak diambil kira untuk mengimbangi data analisis yang tertera. Ini lantas menimbulkan beberapa kenyataan yang kurang tepat, yang boleh pula dipertikaikan
  • Journal title
    International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
  • Journal title
    International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
  • Record number

    2582549