Title of article :
PROGRAM AGAMA DI INSTITUSI PEMULIHAN AKHLAK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM): ANALISIS PELAKSANAAN
Author/Authors :
Haridi, Noor Hafizah bt. Mohd Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia , Abd. Kadir, Fakhrul Adabi b. university of malaya, Malaysia
From page :
1
To page :
22
Abstract :
Jabatan Kebajikan Masyarakat, merupakan salah sebuah jabatan yang bernaung sepenuhnya di bawah kerajaan Malaysia telah menubuhkan Institusi Pemulihan Akhlak yang menempatkan remaja bermasalah khususnya golongan remaja yang terlibat dengan kes-kes juvana. Berdasarkan statistik kemasukan sehingga 2010 seramai 1412 remaja bermasalah telah ditempatkan di institusi tersebut dan 1151 merupakan remaja berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebagai salah sebuah agensi bertangungjawab memberikan pemulihan khususnya pemulihan berbentuk spiritual. JKM dengan kerjasama pihak JAKIM telah merangka program serta membangunkan modul Pendidikan Islam yang telah diselaraskan di setiap Institusi Pemulihan. Kajian ini bertujuan mengkaji aspek pelaksanaan program agama yang telah dijalankan di setiap institusi tersebut. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan seramai n=286 responden terdiri dari kalangan pelatih melibatkan tiga institusi utama iaitu Asrama Akhlak, Taman Seri Putri dan Sekolah Tunas Bakti. Manakala kaedah kualitatif turut digunakan menjadikan temubual sebagai instrumen untuk memperolehi data. Hasil kajian merupakan dapatan terhadap pelaksanaan program agama yang dilaksanakan berdasarkan modul agama yang digunakan oleh JKM dalam usaha memberikan pemulihan khususnya pemulihan spiritual terhadap pelatih di Institusi Pemulihan Akhlak.
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Record number :
2585334
Link To Document :
بازگشت