Title of article :
TEKANAN KERJA DALAM ORGANISASI KEPOLISAN: TINJAUAN DALAM PERSPEKTIF KECERDASAN EMOSI
Author/Authors :
Baker, Rogis Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Pengurusan, Malaysia , Ibrahim, Hazril Izwar Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Pengurusan, Malaysia
From page :
1
To page :
24
Abstract :
Tekanan merupakan satu keadaan yang tidak dapat dielakkan dalam pekerjaan terutamanya dalam organisasi kepolisan. Bukti impirikal menyatakan bahawa kerjaya kepolisan adalah pekerjaan yang paling tertekan berbanding dengan pekerjaan yang lain kerana kerjaya ini melibatkan tugasan yang mempunyai impak tekanan terhadap mental dalam kalangan pegawai polis. Artikel ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu tekanan kerja, punca dan kesan daripada tekanan kerja dan hubungkait antara tekanan kerja dengan Kecerdasan Emosi dalam organisasi kepolisan. Kajian impirikal telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara Kecerdasan Emosi dengan tekanan kerja di mana Kecerdasan Emosi merupakan komponen yang penting dalam mengurangkan tahap tekanan kerja dalam kalangan pegawai polis. Oleh itu, pengetahuan terhadap tahap tekanan kerja dalam kalangan pekerja dalam sesebuah organisasi adalah amat penting bagi memastikan langkah-langkah yang berkesan dapat diambil untuk mengurangkan tekanan kerja dan kesannya dalam organisasi tersebut dengan menggunakan elemen-elemen Kecerdasan Emosi.
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Record number :
2585335
Link To Document :
بازگشت