• Title of article

    BAHASA MELAYU DI PERSIMPANGAN: ANTARA JATI DIRI DENGAN REMPUHAN GLOBALISASI (THE MALAY LANGUAGE AT CROSSROADS: BETWEEN IDENTITY AND THE ONSLAUGHT OF GLOBALISATION)

  • Author/Authors

    HASSAN, ABDULLAH Universiti Pendidikan Sultan Idris

  • From page
    59
  • To page
    81
  • Abstract
    Makalah ini membincangkan tentang kaitan antara bahasa, khususnya bahasa Melayu dengan jati diri individu dan bangsa, khususnya Melayu di Malaysia. Definisi jati diri individu dan bangsa dikupas menggunakan kamus falsafah dan rujukan silang kepada beberapa definisi daripada ahli sosiologi, sejarah dan sains politik. Berdasarkan kupasan tersebut dirumuskan bahawa terdapat lima ciri yang membentuk jati diri bangsa, yakni leluhur, bahasa, kebudayaan, agama dan tempat tinggal yang sama. Namun begitu, di sebalik ciri yang membentuk jati diri terdapat juga mekanisme yang merangsang perubahannya. Makalah ini selanjutnya membincangkan beberapa hipotesis yang menjana perubahan jati diri sesebuah bangsa. Hipotesis yang dimaksudkan dikaitkan dengan bahasa dan sehubungan dengan hal ini makalah ini menyimpulkan bahawa perubahan jati diri individu atau bangsa berlaku apabila terdapat perubahan bahasa yang digunakan.
  • Keywords
    bahasa Melayu , jati diri , globalisasi , perubahan
  • Journal title
    Kemanusiaan the Asian Journal of Humanities
  • Journal title
    Kemanusiaan the Asian Journal of Humanities
  • Record number

    2585371