Author/Authors :
Mohd. Zain, Muhammad Fauzi Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Naidu Raman, Sudharshan Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Samsul Tazilan, Azimin Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Ismail, Abdul Halim Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Tahir, Mazlan Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Md Darus, Zulhairuse Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan - Jabatan Seni Bina, Malaysia
Abstract :
Kajian ini membincangkan pengaruh penggantian sebahagian pasir dengan debu kuari ke atas ciri-ciri konkrit prestasi tinggi baru. Dengan mengambil- kira pengurangan dalam sumber-sumber pasir semulajadi, adalah wajar untuk mengenalpasti sumber alternatif lain seperti debu kuari untuk mengu- rangkan penggunaan pasir di dalam industri-industri yang memerlukannya. Di dalam kajian ini, perkadaran penggantian pasir dengan debu kuari yang telah dipraktikkan adalah sebanyak 20% untuk semua jenis bancuhan kecuali dalam bancuhan konkrit prestasi tinggi kawalan simen Portland biasa. Ciri konkrit prestasi tinggi baru telah ditentukan dalam aspek-aspek turunan, aliran turunan, aliran V-Funnel, kandungan udara, ketumpatan dan suhu. Keputusan yang diperoleh menunjukkan penggantian sebahagian pasir dengan debu kuari dapat meningkatkan kebolehkerjaan dan kebolehaliran, serta kandungan udara konkrit prestasi tinggi. Selain daripada itu, didapati aliran V-Funnel adalah lebih sesuai untuk menentukan kebolehaliran konkrit prestasi tinggi baru berbanding dengan aliran turunan konvensional
Keywords :
Konkrit prestasi tinggi baru , kebolehkerjaan , kebolehaliran , debu kuari , bahan pozzolan