Title of article :
Teknik Penderiaan Jauh dalam Kajian Sedimen Terampai di Muara Sungai Langat
Author/Authors :
Sharil, Suraya Universiti Kebangsaan Malaysia - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Malaysia , Karim, Othman A Universiti Kebangsaan Malaysia - Pusat Komputer, Malaysia , Syed Abdullah, Sharifah Mastura Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Malaysia
Abstract :
Kajian ini meneliti perilaku plum sedimen semasa memasuki laut dengan menggunakan model fizikal dan teknik penderiaan jauh. Namun begitu, kertas ini hanya membincangkan penggunaan teknik penderiaan jauh dalam kajian sedimen terampai di dalam model muara Sg. Langat. CIMEL Radiance meter digunakan sebagai penderia untuk merakam data optik (nombor digit atau DN) daripada simulasi serakan plum sedimen dalam model itu. Kajian ini melihat hubungkaitan di antara DN yang diperolehi dengan kepekatan sedimen terampai. Keputusan analisis korelasi menunjukkan bahawa, hubungan di antara DN dengan kepekatan plum sedimen di makmal paling tinggi dan signifikan pada panjang gelombang 0.85 jim dan paling lemah pada panjang gelombang 0.45 jjm. Partikel air yang kecil daripada penjanaan ombak dikenal pasti sebagai salah satu gangguan atmosfera yang penting untuk data optik, terutama sekali bagi gelombang pendek, iaitu 0.45 /dm. Selain itu, kekasaran permukaan air serta pemasangan cahaya tambahan daripada spotlight 1000 watt turut mempengaruhi nilai DN yang didapati. Kekasaran permukaan air menyebabkan peningkatan nilai DN, manakala cahaya spotlight menyebabkan puncak spektrum beranjak ke gelombang lebih panjang, iaitu 0.85 jlm
Keywords :
plum sedimen , radiance meter , nombor digit (DN) , kepekatan sedimen terampai