Title of article
Identiti Seni Bina Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya
Author/Authors
KOSMAN, KAMARUL AFIZI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan, Malaysia , NIK IBRAHIM, NIK LUKMAN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan, Malaysia
From page
279
To page
290
Abstract
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, antara isu yang diberi penekanan oleh pucuk pimpinan negara ialah pembinaan identiti nasional. Seni bina tidak terkecuali dari agenda itu. Antara pendekatan yang digunakan ialah menerapkan sebagai elemen seni bina Melayu ke dalam seni bina nasional. Usaha itu berjaya dan mempunyai arah tuju yang jelas di peringkal awalnya. Tetapi, pada dekad 80-an, telah muncul kelemahan seperti “seni bina belon” serta “seni bina potong dan tampal”. Puncanya ialah pemahaman yang sempit ramai ahli profesional dan akademik seni bina tentang maksud dan peranan mewujudkan identiti seni bina nasional. Bagi menanganinya, dicadangkan kajian yang mendalam mengenai elemen dan nilai yang terkandung dalam seni bina tradisional Melayu dan mengambil pengajaran dari usaha mewujudkan identiti seni bina masa lampau di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Sehubungan itu, kejayaan pergerakan “Arts and Crafts” dalam membangunkan identiti seni bina di Britain pada akhir kurun ke-19 diketengahkan agar dapat dijadikan pengajaran
Keywords
Identiti , seni bina Melayu , seni bina nasional
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Record number
2590144
Link To Document